feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Friday, December 25, 2009

Anak ikan akan menjadi mangsa

salam...
saya cuma mahu ingatkan disini...kita yang masih baru dalam dunia forex dan bermula dengan modal kecil dikategorikan sebagai anak ikan.... dan mangsa kepada ikan-ikan besar. tetapi suka saya ingatkan di sini kita perlu menjadi anak ikan yang licik dan pandai keluar bermain ketika ikan besar kekenyangan...

kenalkah anda dengan penyangak matawang Soros? penyangak ini adalah salah seorang perancang utama turun naik pertukaran matawang. penyangak ini boleh mengawal kejatuhan dan kenaikan matawang dengan hanya sekelip mata... sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa jika penyangak ini menggganggu trend pertukaran matawang, walaupun ikan besar sekali pun. kebijaksanaan terletak kepada percaturan dan analisis semasa.

Jika kita sedang syok dan ghairah melihat graf naik, bersedialah bahawa graf tersebut akan turun pula... bila? analisis perlu dilakukan... ada dua kemungkinan. sama ada ia akan terus naik atau akan turun... jadi risiko ada lah 50%-50% untuk trader yg tak buat analisis.

pesan saya untuk trader yang mahu try2, guna akaun demo dan setkan take profit dan stop loss.
take profit: 10
stop losss: 50
jgn melawan trend. ikut trend untuk 5 kali... tunggu hingga trend berubah dan trade 5 kali lagi.
*hanya sesuai untuk akaun demo dan yang suka2 jer nak tengok. just untuk melatih emosi dan naluri hati kita shj. dalam forex anda tidak boleh panik!!! dan menggelabah!!!

No comments:

Free Robot Here