feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Tuesday, September 11, 2007

FOREX Part 7

PEMAHAMAN YANG PERLU ANDA TAHU DI PASARAN FOREX






Indahnya trading dipasaran Forex kerana anda boleh bertrading dengan Leverage 1 : 100 . Bermakna untuk memperdagangkan USD100, modal sebenar yang perlu anda miliki ialah hanya 1/100 sahaja iaitu USD1.
Biasanya USD1 itulah yang disebut sebagai margin. Margin inilah yang anda gunakan untuk memperdagangkan mata wang senilai USD100 atau juga disebut QuantityPasti anda akan teranya - tanya bagaimana $1 boleh digunakan untuk membeli quantity sebesar $100 ?Sebenarnya boleh dikatakan broker lah yang mengeluarkan jumlah wang USD100 tersebut untuk anda sehingga anda hanya perlu mengeluarkan dari transaksi trading USD100 itu. Jadi $1 tersebut merupakan sebagai jaminan ketika anda berdagang dengan nilai USD100.
Manakala jika anda ingin memperdagangkan mata wang senilai USD10,000 , anda tidak perlu mengeluarkan wang sebanyak USD10,000 kerana dengan leverage 1 : 100, anda hanya memerlukan USD100 untuk memperdagangkan mata wang bernilai USD 10,000.Ketika pasangan mata wang bergerak turun dan naik, maka anda kan menghasilkan profit atau loss (rugi ) untuk setiap pergerakan tersebut. Pergerakan tersebut dinamakan PIPS.
Satu PIPS sama dengan $0.01 tetapi jika quantity yang anda perdagangkan senilai $10,000 ( dengan modal $100 ) maka bererti 1 pip bersamaan dengan profit ( Keuntungan ) $1.Jika anda telah mempunyai dana iaitu mendapat keuntungan $1,000 di akaun trading Forex anda, maka anda boleh trading dengan quantity yang lebih bear lagi iaitu $ 100,000. Nilai per PIPS nya 10 kali ganda lebih besar daripada sebelumnya iaitu $10 per PIPS dan begitulah seterusnya :).
Seperti yang anda lihat dan ketahui anda boleh menghasilkan wang dengan lebih cepat dan lebih banyak seiring dengan pertumbuhan modal. Di sini, anda akan mempelajari bagaimana caranya meraih keuntungan dengan bermodalkan $100 pada tahap permulaan.




Free Robot Here